Tuesday, May 31, 2011

keaslian wajahmu...........

Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.

Tentu kau tahu bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat malu……….satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu didalam penjaranya. MALUlah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu itulah yang menjadi kata hikmat para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Bila kau tidak malu,buatlah apa yang kau mahu”

Dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malu mu itu, kau boleh melakukan apa saja yang aku mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejaht-jahat perbuatan.

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu!!!!!!!!!!!!!!

Wal’iaazubillah!!! Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya. Kesian dia… di dunia terhina di akhirat merana…












Wahai Gadisku

Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyah yang berupa paras seperti yang ku paparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.

Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini. Cuma disini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupamu yang perlu kau ukirkan dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan diet jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:

Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.

Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:

a) Ikhlas hati kepada Allah

b) Bersikap benar dalam segala keadaan

c) Tetap pendirian dalam perjuangan

d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w atau hidup dalam lingkungan syarak

e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah

f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakkal/berserah diri

g) Meninggal jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan


Apabila bahan-bahan itu diadun dengan baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata ditengah-tengah pepasir bukannya kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan takwa. Biarlah make-upmu dicampur dengnan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.










Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit atau mawar bukan racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar yang tidak mudah dipetik. Namun ianya amat berguna. Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:

a) Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!

b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup merempuh angina bukan menurut angin

c) Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum menerima perlu memiliki sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu. Berkhidmat dahulu, hasil menyusul kemudian

d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama

e) Bertindak mencari kekayaan dan mencipta peluang. Bukannya bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan

f) Membuang tiga sifat orang-orang kecil sejauh mungkin iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar/berdebat

Semua ramuan di atas berupa sabar, berlapang dada, berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.

Ketiga : Jadilah penyuluh bukan pembunuh

Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima cahaya dan tembus oleh cahaya. Antara bahan yang diperlukan ialah:

a) Ibadah syakhsiyyah

b) Nasihat dan kata hikmat

c) Budi pekerti mulia dan adab sopan berharga

d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w

e) Petunjuk Allah yang utama iaitu Quran yang mulia

Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. Sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya. Maka inilah sinarnya untuk menyukuh jalan hidup : al-Quran, Hadis, akhlak, nasihat dan ibadah. Cunalah, kau akan menjadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.

Keempat: Beberapa peringatan

Senjata lidah ialah bahasa

Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup aman bahagia.

Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.

Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identity yang mendalam dan pengalaman hidup sendiri.

Dengan ini aku kira cukuplah DIET dan penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu. Sesungguhnya serbat yang ku kumpulkan itu bias menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan permata, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata ditengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.

Wahai Gadisku

Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga ku pinta, seandainya terdapat di dalam suratku ini kesilapan yang tak dapat ku temui. Besarlah harapanku darimu Wahai Gadisku agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.

Dan…………..ingatlah selalu bahawa :


“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin” AN-NUR :3

“wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” AN-NUR:26

SEKIAN, BUATMU WAHAI GADISKU………..

Selamat datang ke CINTA ALLAH CINTA ABADI

Wahai sahabat2 yg di sayangi kerana Allah...bercintalah kamu dgn org yg bnar2 mencintai kamu dan hanya ALLAH yg bnar2 mencintai kamu melebihi mahluk2 ciptaanNya..kita tdak thu bila ajal akn mjmput kita..jd sblum malaikat maut mjemput kita ayuh kita mgumpul amalan kebaikan b'sama2...jadi marilah kita beramai-ramai menanamkan perasaan cinta kita kpd ALLAH dan RASUL..smoga dgn ini kita akn b'sama2 memasuki SYURGA yg sdang MENANTI...INSYAALLAH...

★ Jika mereka sibuk mencari KECINTAAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEIMANAN . .

★ Jika mereka sibuk mencari PASANGAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN . .

★ Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA . .
Biar kita mengangis kerana mengingati dosa-dosa . .

★ Jika mereka cintakan kemanusiaan . .
biar kita cintakan TUHAN . .

Biar Hati Mati Menolak Cinta Insani,
Biar Badan Lesu Ditomah Kata Keji,
Jgn Kau Menangis Wahai Mata Hati,
tp Menangislah Andai Cintamu Ditolak IlahI..
Hidupkan Hatimu Dgn Redha IlahI.













syarat-syarat yg perlu antum patuhi...
1]. JANGAN MENGELUARKAN KATA2 YANG BOLEH MENGGURISKAN PERASAAN ORANG LAIN...
2]. SILA HORMAT AHLI2 YANG LAIN..
3]. SILA JANGAN POST OR KOMEN BENDA2 YANG TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH...
4]. POST YANG PANJANG SILA LETAK DALAM DOCS...
5]. TIDAK DI BENARKAN MENGELUARKAN KATA2 YANG KESAT...
6]. JANGAN BERGADUH DI SEBABKAN PERKARA YANG REMEH TEMEH
7]. SILA JAGA SIRATURAHIM SESAMA KITA...
8]. JANGAN TINGGAL SOLAT....
9]. JANGAN LUPA PADA ALLAH DALAM KELAPANGAN DAN KESIBUKAN, DALAM KESENANGAN DAN KESUSAHAN...
10]. DAN JADILAH SAHABAT YANG BAIK, SENTIASA MEMBERI PERINGATAN, SENTIASA MERIMA TEGURAN.... 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya." (Abu Daud dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800)






Sunday, May 29, 2011

Cahaya Yang Merubah Dunia


"Adakah engkau ingin hidup selama-lamanya dalam dunia yang akan musnah bila-bila masa?"
Hidup kita di atas dunia ni, selama manapun, pasti ada akhirnya. Selama manapun, sebenarnya singkat. Firman Allah:
"(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja." -An-Naazi'aat: 46
Allah menerangkan dalam satu ayat lain yang panjang tentang hakikat dunia:
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang) juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." - Al-Hadiid: 20
Penyakit wahan (cinta dunia, takut mati) telah menjerumuskan kebanyakan daripada kita ke dalam angan-angan yang panjang.
Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'." Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati." - Riwayat Abu Daud
Kalau boleh, kita mahu dunia ni kekal. Kita mahu hidup selama mungkin di atasnya, mahu mengumpul segala harta dan kekayaan, mengecap segala nikmat dan kesenangan. Hakikatnya, kita tidak mungkin tahu berapa lama kita hidup. Namun, kita boleh memilih sama ada ingin melalui kehidupan dengan penuh berjasa atau pergi tanpa membawa atau meninggalkan bekal.
Ada orang yang masih hidup namun mematikan orang lain dengan kehidupannya.
Ada orang yang telah mati namun masih menghidupkan orang lain.
Bukan soal fizikal, tapi soal hati.
Apabila seorang manusia berbuat sewenang-wenangnya seperti yang dia kehendaki, maka pasti akan ada orang yang dizalimi.



Dia hidup, namun mematikan semangat orang lain. Lebih parah kalau dia hidup lebih lama.
Di sisi lain, ada ramai orang yang telah mati, namun membaca sejarah hidupnya dan mengkaji perjuangannya membuatkan jiwa sentiasa hidup, segar dan bertenaga.
Mereka itulah jika hidup walau sekejap, memberi impak maksima. Apatah lagi jika hidupnya lama.
Rasulullah SAW hidupnya 63 tahun sahaja, namun risalah yang dibawanya terus tersebar selama beratus tahun.
Akhlak dan cara hidup baginda tak pernah lapuk ditelan zaman.
Sejarah hidup baginda sentiasa evergreen untuk dikaji, diteliti dan diambil pelajaran. Hanya 23 tahun yang diberikan kepada baginda untuk menyebarkan Islam, namun beratus tahun Islam hidup dan berkembang.
Imam Syafi'i hidup selama 50 tahun lebih sahaja, namun keluasan ilmunya masih begitu bermakna kepada dunia hari ini dan akan datang.
Mus'ab Umair telah membuktikan kesungguhannya berdakwah di Madinah hanya beberapa tahun, bahkan beliau syahid dalam usia yang begitu muda.
Namun asas yang telah dipancangnya menjadi nukleus kepada perkembangan tamadun Islam.
Hassan Al-Banna cuma hidup 40 tahun lebih untuk mengasaskan sebuah gagasan yang membawa gelombang kebangkitan Islam, sebelum beliau syahid dibunuh musuh.
Namun kata-kata beliau masih menjadi rujukan para Da'i hari ini dan pemikiran beliau menjadi bahan kajian di seluruh dunia.
Salahuddin Al-Ayyubi cuma hidup lebih kurang 55 tahun, namun kejayaannya membebaskan bumi Palestin tercatat sehingga kini dan menjadi inspirasi para pejuang Islam.
Begitu juga dengan Sultan Muhammad Al-Fateh, hidup beliau tidak sampai 50 tahun, namun kegemilangan yang telah diukir dalam pembebasan Konstantinopel akan terus menjadi sebutan.
Mereka adalah wira-wira dan pahlawan yang telah menumpahkan bakti yang begitu besar kepada seluruh dunia.
Mereka hidup berjasa, biarpun hidup mereka tidak lama.
Golongan seperti mereka, jika hidupnya lebih lama tentu lebih besar manfaatnya.
Banyak lagi nama-nama yang boleh kita sebutkan, ada yang singkat umurnya, ada yang panjang.
Intinya, jasa mereka begitu besar jika direlatifkan dengan umur yang diberikan kepada mereka.
Bagi kita, apakah sebenarnya yang kita kejar?
Memanjangkan tempoh hayat atau memaksimumkan amal dan jasa?
Tak salah kita berdoa agar dipanjangkan umur, bahkan ia akan lebih bererti jika umur yang dianugerahkan itu kita gunakan sebaik mungkin untuk menumpahkan bakti kepada Umat.
Selama manapun kita hidup, berjasalah! Supaya kita 'hidup' untuk beratus-ratus tahun lagi. Semoga kita hidup dengan petunjuk Allah.
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." - Al-An'am: 125

Cahaya Yang Merubah Dunia


Peralihan zaman memperlihatkan kepada kita kewujudan pelbagai tamadun besar dunia. Kerajaan Mesir Purba, Rom, Parsi dan Byzantine merupakan antara tamadun yang pernah menempa nama dalam sejarah dunia. Tamadun yang tertua dijumpai adalah kerajaan yang pernah terbina dilembah sungai Tigris-Euprates kira-kira 5000 tahun dahulu. Namun, kesemua tamadun ini runtuh dan jatuh setelah kedatangan Islam. Bagaimana kerajaan yang sebegini kukuh akhirnya akur dengan kehebatan Islam?
Sebelum kedatangan Islam, titik permulaan dan peralihan sesuatu tamadun tidak dapat dipastikan secara tepat malah tidak dapat dijelaskan asal-usulnya yang sebenar. Sesungguhnya tamadun yang berdiri gah sebelum kedatangan Islam dibina dari aspek pembangunan material semata-mata. Tamadun-tamadun ini mempunyai kemajuan peradaban yang tinggi dan teknologi yang hebat. Sebagai contoh, Mesir purba adalah satu-satunya kerajaan yang mempunyai rahsia teknologi pembuatan piramid yang sehingga kini masih dikaji teknologinya.



Cahaya yang bersinar
Berlaku salah faham dalam kalangan umat Islam yang mengatakan bahawa agama tidak berkaitan secara langsung dengan pembinaan tamadun. Agama tauhid mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembangunan manusia. Rasul-rasul diutuskan oleh Allah SWT untuk membebaskan manusia daripada pelbagai belenggu yang merantai mereka dari kemajuan. Hakikatnya, tamadun Islam bermula sejak Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama pada 610 Masihi ketika berusia 40 tahun.
Rasulullah SAW membangunkan kerajaan Islam dengan pembinaan generasi unggul yang dipersiapkan dengan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk menggembleng perkembangan tamadun Islam. Umumnya, tamadun Islam tidak melihat material sebagai lambang kemegahan sebaliknya pemantapan jiwa dan ruh Islami menjadi tunjang utama kekuatan tamadun Islam. Inilah yang akhirnya berjaya menumbangkan tamadun-tamadun besar dunia yang lebih 'senior'.

Mencari Ketenangan Hati


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.
Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
Firman Allah lagi:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan –forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaanRasa bertuhanMemahami maksud takdirMendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasa Kehambaan
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasa Bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.
Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"



Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis
Memahami Maksud Takdir Allah
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!