Wednesday, November 23, 2011

learn from mistake


Apa yang dimaksud dengan kegagalan dan apakah kita perlu mempelajarinya untuk mencapai sukses?

Menarik untuk disimak, kegagalan bisa diartikan berbeda oleh banyak orang. Satu pandangan mengatakan kegagalan adalah ketidakmampuan mencapai apa yang diinginkan. Sementara ada juga yang menganggap kegagalan terjadi akibat terlalu memaksakan diri melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan yang ada atau istilahnya “nafsu besar tenaga kurang”.

Lantas pertanyaannya, apakah kita perlu mempelajari kegagalan?

Kalau kita bercermin pada perusahaan-perusahaan dan tokoh-tokoh besar dunia, mempelajari kegagalan hanya berguna dalam konteks pencapaian sukses.


Dalam hal ini, kegagalan memberikan pengetahuan tentang apa yang kita luput lakukan di masa lalu dan bagaimana kita sebaiknyamelakukannya di masa depan agar sukses tercapai.
Eksperimen hari ini:

1. Pilih satu hal yang ingin Anda tampilkan berbeda?
Misalnya: bagaimana tindakan saya bisa memberikan dampak positif bagi orang-orang?

2. Ambil contoh tiga orang yang Anda anggap mewakili “role model yang sukses” di area ini
Misalnya: Nelson Mandela, Soekarno, Ayah Anda sendiri.

3. Sikap apa yang kira-kira mereka sama-sama miliki? Adakah kesamaan karakter dan strategi mereka?
Misalnya: mereka punya keyakinan diri, mereka mau mengambil risiko, mereka menyayangi orang-orang disekitarnya.

4. Sekarang ambil satu orang yang Anda anggap gagal di area ini
Misalnya: Hitler

5. Apa yang sama antara orang ini dengan ketiga orang yang sukses?
Misalnya: barangkali dia juga punya keyakinan diri, juga mau mengambil risiko (meskipun dijalan yang merugikan)

6. Apa perbedaannya?
Misalnya: Dia mengajarkan kebencian, memposisikan dirinya diatas orang lain.

7. Sekarang kembali ke role model yang sukses. Jika Anda ingin seperti mereka, apa yang bisa Anda lakukan yang berbeda dengan contoh yang gagal?
Misalnya: mengajarkan kasih sayang, memperlakukan orang lain setara, berani mengambil risiko tanpa merugikan orang lain.

Selamat bereksperimen dan salam sukses!


Monday, November 21, 2011

5 jenis manusia d facebook







Assalamualaikum semua. Harap - harap korang semua sihat dan gembira selalu. Korang buat apa je masa cuti ni ? Aku yakin ramai dari kita cuma duduk rumah membesarkan perut sambil menunggu cuti habis. Betul kan. haha.. Aku pun tak terlepas dari benda tu. Bila cuti panjang datang, mulalah terperap di rumah, membesarkan perut. Pagi petang siang malam, hanya ber"Facebook".hahaha. Penyakit kronik terbaru dunia  yang tiada ubatnya.

     Tapi setelah lama ber"facebook", aku dapat kenal banyak jenis dan ragam manusia di facebook ni. Dengan hanya berbekalkan "updates" mereka, aku dapat bahagikan mereka ini dalam kumpulan yang berbeza. Antara jenis manusia yang ada dalam facebook ini ialah:






1.  Manusia Kaki Update

    Tak kira bila dan di mana sekalipun, mereka akan selalu 

    update status.Statusnya pendek tetapi padat.

    Contoh : "sarapan nasi lemak^^"
                  : "on da way pergi jamban"

2.  Manusia Kaki Mengeluh


    Manusia jenis ni tak pernah puas dan suka sangat nak 
    mengeluh.Pagi,petang,siang,malam hanya mengeluh.

    Contoh : "Panas gila hari ni"
         

                  : "Menyampah betul hari ni"

3.  Manusia Kaki Berlagak


  Mungkin diorang tak berniat nak berlagak, tapi orang lain 
    yang baca status tu mungkin rasa menyampah dengan status yang 
    berbau sombong ni.

    Contoh : "Siot, BMW aku rosak"
                  : "On da way pergi Milan"










4.     Manusia Kaki Jiwang

  Manusia jenis ni istimewa sikit, sebab setiap status yang dia 

    update semua indah - indah dan berbunga belaka.

    Contoh : "Mencintaimu adalah perkara terindah dalam hidupku"
                  : "Kita berdua bagaikan sepasang burung yang bersayap 
                      satu, dan hanya mampu terbang bila bersama."
5.     Manusia Kaki Review

     
Manusia jenis ni pulak agak mulia sikit sebab selalu       

    kongsikan segala segala pengalaman dia dengan kawan-kawan  
    dia dengan membuat review.

    Contoh : "Call Of Duty Black Ops memang gempak"
                  : "Filem 2 alam filem paling terbaik dalam dunia"







P/S: Sebenarnya banyak lagi jenis manusia yang kita boleh jumpa dalam 

          facebook ni.Cuma lima ni yang mungkin kita kerap jumpa. BTW korang 
          rasa korang nombor berapa..hehe^^
     

BAYANGKAN DUNIA TANPA INTERNET


 



Assalamualaikum.. Sahabat sekalian. Pernah tak sekali korang terfikir apa akan jadi pada kita jika internet tiba-tiba putus untuk seminggu. Apa akan terjadi pada dunia sejagat. Mengikut fakta sains manusia boleh hidup tanpa makanan selama seminggu, boleh hidup tanpa air selama tiga hari dan mungkin yang terbaru, manusia tak mampu hidup jika tiada bekalan internet dalam masa sehari.hehe

     Banyak benda yang manusia lakukan melalui internet di zaman ini. Pada masa ini, internet merupakan satu kuasa mutlak yang tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata biasa (cam jiwang plak). Internet merangkumi semua golongan masyarakat dan aktiviti manusia dari semua segi sepeti perniagaan, perhubungan, ketenteraan, pemasaran, keselamatan sejagat dan beribu macam lagi.

     Walaupun internet ini merupakan satu benda yang tak mampu dilihat secara zahir, tetapi banyak impakya terhadap kita. Cuba kita anggarkan kerugian dunia jika internet tiba tiba hilang. Akan muflislah Google, Yahoo, Facebook, Pay Pal, E-bay dan berjuta lagi company yang menjalankan perniagaan secara based-internet.

     Mimpi ngeri ni mungkin akan terjadi  suatu hari nanti. Dan hanya masa yang akan menentukan segala.

P/S : Mesti bosan kan kalau xde internet.apa nak buat agaknya huhu

Aku Rasa Aku Tak Salah.. Tapi..


Aku rasa aku tak salah jika ada bencana alam yang melanda dunia, iyalah, bukan aku yang jadikan banjir, gempa bumi dan semua bencana.
Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah. Aku tidak ingin merubah diri sendiri dan orang lain sampai Allah murka dan menurunkan bala kepada umat manusia.
Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja.
Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat dan aku sendiri meremehkan hubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah sampai tanpa tak sedar dengan bertambahnya orang macam aku, membuat orang yang lain berasa tidak malu untuk ke arah zina dan berzina.
Aku rasa aku tak salah jika orang lain mengata buruk tentang aku, iyalah, mulut org kan. Payah nak tutup. Aku buat hal aku sudah.
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku membiarkan orang lain berperangai buruk dan kerana sikap endah tak endah aku dan tidak mahu memaafkan, menasihati orang dan tidak menunjukkan kebaikan pada orang itu serta lari dari mendekati orang tersebut, membuat ramai yang lainnya terpalit dan terkena dengan kejahatan orang itu. Makin ramai orang yg merasa sakit hati kerana sikap 'ego' aku itu.
Aku rasa aku tak salah jika orang-orang Kafir memusuhi masyarakat Islam. Orang-orang kafir melakukan kekejaman ke atas orang Islam. Iyalah, memang dah dasar Kafir, memang jahat!
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri yang tidak mahu berdakwah walaupun sekecil-kecil dakwah dan tidak pernah punya rasa untuk menunjukkan Islam itu baik kepada orang-orang Kafir. Aku terus-terusan hina dan benci orang Kafir tanpa aku sendiri melakukan ikhtiar untuk merubah diri sendiri dan masyarakat agar orang Islam dapat membuktikan bahwa Islam itu baik dan tidak membebankan. Pernahkah aku berusaha?
Aku rasa aku tak salah jika kemiskinan melanda dunia. Iyalah, dah mereka miskin, siapa suruh tak belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi.
Tapi sebenarnya aku salah kerana aku sendiri sombong dan sangat berkira jika ingin menghulurkan bantuan kepada mereka. Aku sering memboroskan duit aku kepada hal-hal yang sia-sia dan tidak penting.
Padahal duit itu hanyalah untuk nafsuku, mengapa tidak untuk saudara-saudaraku yang sedang menderita? Aku makan enak-enak setiap hari, jika tidak dapat yg enak, aku marah padahal aku dah selalu makan enak-enak, si miskin tidak pernah sekali pun merasa keenakkan makanan yang aku makan. Mengapa aku merasakan mereka tidak ada kena mengena dengan aku? Bukankah kita semua berasal dari Adam yang sama?

alt
Aku rasa aku tak salah jika aku berkata tentang keburukan orang dan mengiyakan setiap keburukan orang lain yang diceritakan kepada ku. Iyalah, dah memang jahat, nak bela buat apa? Biarlah dia. Tak ada kena mengenapun dengan aku. Aku tak jahat macam dia.
Tapi sebenarnya aku salah kerana bermula dari aku, dan pertambahan aku sebagai orang-orang yang mengatakan dan mengiyakan keburukan orang tersebut, orang lain turut sama membenci orang itu. Semakin hari berkurangnya orang yang mendekati dia dan dia berasa tertekan dan membuatkan dia tidak mahu berubah dan sikapnya menjadi semakin buruk kerana tidak ada yang mahu menasihati dan menyayangi.
Dan semakin ramai yang sakit hati serta tiada keharmonian dalam masyarakat. Orang-orang menjadi semakin liar dan tidak mustahil sikap suka mengumpat juga berkembang pada orang lain. Aku telah memupuk budaya tidak sihat itu! Sebenarnya aku juga dua kali lima jahat.
Aku rasa aku tak salah kerana tidak menutup aurat dan tidak menutup aurat dengan baik. Iyalah, aku tengok semua orang biasa sahaja buat macam itu. Tak ada apa-apa pun. Ia kan kebebasan berpakaian namanya.
Tapi aku salah kerana aku telah membuka peluang mata-mata gatal yang tidak mahu menjaga pandangan. Salah aku kerana kerana dari aku dan bertambahnya orang macam aku, telah menaikkan nafsu manusia yang selama ini teguh, lama-kelamaan meruntuh! Dari kerana aku, yang lain tertarik mengikut sikap tidak menutup aurat aku dan mereka menjadi mangsa nafsu buas manusia! Puncanya aku, kejamnya aku!
Aku rasa aku tak salah setiap masa.
Tapi sebenarnya aku salah lebih berganda-ganda setiap masa. Kerana aku tidak pernah ambil peduli. Pantaslah neraka yang sehina-hina tempat kembali jika aku masih tidak mahu berubah.
Astaghfirullah!

MENGAPA DOKTOR BEDAH MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA HIJAU ?




 Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

   Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

   Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.

   Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor

Sumber : orangmuo.com

susu ibu sebatian ajaib




"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.
Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.
Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.


Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Sunday, November 20, 2011

Kesan Tamadun Islam Terhadap Dunia Matematik



alt






Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat dan luas menambat hati dan iman penduduk Semenanjung Arab.
Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula pada tahun 630, kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam sehingga ke India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.
Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih cepat berlaku terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam berjaya sampai ke Sepanyol.
Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan Islam. Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.
Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Agama Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu yang sangat besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan.
Itulah cantiknya Islam, tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.
Sejarah Matematik Islam
Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang mementingkan soal ilmu pengetahuan.
Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama Eropah masih di Zaman Gelap.
Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi, Matematik Islam lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.
Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota Baghdad yang selepas itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia. Cendiakawan dan cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad.
Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786 hingga 809 telah menubuhkan perpustakaan di Baghdad.
Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari pelbagai bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari tamadun Yunani termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik. Kemudian ia diterjemahkan ke bahasa Arab.
Penganti Harun al-Rashid, Khalifah Al-Ma'mun meneruskan usaha ini pada skala yang lebih besar dan sehingga tertubuhnya Baitul Hikmah yang bertahan selama 200 tahun.
Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput untuk menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga menjalankan penyelidikan.
Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab untuk kegunaan ilmuan-ilmuan disana.
Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu perspektit baru yang lebih releven.
Ini kerana ahli matematik sebelum mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya.
Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga disebut sebagai Sunnatullah.
Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir dengan bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan saintis. Tujuan mereka adalah Allah.
Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja dengan lafaz "Basmalah".
"The mathematicians responded by always invoking the name of God at the beginning and end of their works and even occasionally referring to Divine assistance throughout the texts" -(Victor J. Katz)
Terpegun membaca ayat ini. Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan Islam dahulu yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang mereka lakukan. Sentiasa memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya hasilkan, mereka dikembalikan pujian hanya kepada Allah.
Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam tidak hanya berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math atau matematik gunaan.
Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik Islam masih belum ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan Islam yang masih belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia.
Oleh kerana kepentingan politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka yang penting disekat dan dilarang.
Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat Islam sedar yang tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan pada masa ini.
Ia juga antara rancangan musuh Islam untuk melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat Islam di Zaman ini.
Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri.
Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang mereka terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap. Hanya perlukan penjenamaan semula dan kembangkan ilmu itu.
(Olahan semula dari buku A History Of Mathematics: An Introduction; Victor J. Katz: Chapter The Mathematics of Islam)
Sejarah ditulis oleh pemenang
Hari ini, banyak formula-formula dan tajuk-tajuk matematik terabadi nama ilmuan barat didalamnya. Walaupun hakikatnya mereka hanya menjenamakan semula apa yang telah ada dalam dunia matematik Islam. Nama-nama ilmuan Islam tidak terabadi dalam sebarang teori-teori dan formula-formula matematik.
Hanya nama-nama seperti Euclid, Newton, Einstein, Diophantus, Sarrus, Fibonacci dan sebagainya lebih banyak diabadikan.
Mungkin nama-nama ilmuan Islam tidak diabadikan bertujuan untuk menjauhkan Islam daripada disebut dalam lecture dan supaya Islam dilihat tidak significant dengan Ilmu. Sekadar pandangan.
Ayuh budayakan semula budaya cintakan Ilmu supaya kita turut maju kehadapan dan kita hapuskan salah tanggapan dunia kepada Islam. Kembalilah kepada Islam.
Hujung Akal, pangkal Agama. Ilmu ditimba diakhirnya bertemu dengan Kebesaran Allah, Tuhan Yang Mengetahui.