Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mncengkam leluhur daging. Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah. Tp, bagi seorang pejuang,ksakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air pnyejuk tekak di pdang pasir...tinggalkan rasa duka smampumu ...krn mmikul beban duka bleh mmbuatmu gila.Kelmarin Tuhan telah menolngmu. Percayalh, esok pn Dia msih akn tetap mnolongmu. -Imam As-Syafi'e- كل عام وانتم بخير
Monday, November 21, 2011
MENGAPA DOKTOR BEDAH MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA HIJAU ?
Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor
Sumber : orangmuo.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment