Wednesday, June 8, 2011

Tudung labuh, niqab = Extremists??

Assalamualaikum wbt

Mungkin pembaca pelik, asyik isu wanita je dalam blog ni, hehe. Semua ini kebetulan, masyaAllah. Hati ini tergerak menulis mengenai hal ini, semua ini aturan Allah :p

Dalam pengalamanku sendiri (dah confuse nak bahasakan diri ni "aku" atau "Iman"..ape2 je la, hehe), gerak hatiku kuat untuk bertudung labuh setelah 4 tahun mula bertudung. Mengapa? Aku sendiri tidak pasti, tetapi aku yakin Allah yang menggerakkan hati ini untuk berbuat demikian. Aku bukannya terikut-ikut dengan sesiapa, dan berperasaan riak itu jauh sama sekali, nauzubillah!! Di kala aku kuat dan teguh dengan pendirianku, aku mula mencari kedai-kedai menjual tudung bidang 60', namun di sebalik ilmuku yang cetek, aku hanya membeli kain bawal 60' pelbagai warna tetapi tidaklah jarang 'pada pandanganku'.. Dengan kuasa Allah, Allah tunjukkan bahawa tudungku selama ini menampakkan bayang leherku sebenarnya, astaghfirullah, tanpaku sedari. Alhamdulillah, aku menyedari hal ini apabila kakakku mengambil fotoku semasa rehlah di K Terengganu, dan dalam foto itu, aku sendiri melihat bayang leherku kerana berlatar belakangkan cahaya terang..astaghfirullah!!!

Sejak dari itu, aku mula mencari-cari tudung labuh yang tidak jarang materialnya. Mungkin aku kurang explore betul2..aku mula letih dengan pencarianku. "Hunting" ku berakhir apabila aku mula bertekad memakai tudung bulat sekali-sekala.. MasyaAllah ....aku merasakan selamat dan selesa yang teramat sangat. Malah, mudah untuk aku memasukkan stetoskop melalui bawah tudung semasa di hospital, masyaAllah!!

Pada hari pertamaku bertudung labuh, aku dapat merasakan aku ini bagaikan makhluk asing dan rakan-rakan mula meninggalkanku kecuali sahabiah yang memahami keadaanku serta menerimaku tanpa rasa kekok.. Junior mula bertanya kerana pelik dengan perubahan drastikku, " Kak, kenapa akak berubah, apa yang menyebabkan akak terdetik untuk berubah?" "Semua ni kuasa Allah," ringkas sekali jawapanku. Aku tidak pernah berputus asa, aku sedar, aku sendiri mempunyai persepsi negatif terhadap muslimah bertudung labuh pada suatu masa dahulu; dan apabila aku sendiri bertudung labuh, masyaAllah, aku sendiri mengalami situasi itu.. Apalah sangat dugaan Allah ini, aku tidak patut melatah atau bersedih, tetapi ini sepatutnya menjadi motivasi dan kekuatan buatku untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Aku cuba mendekati rakan-rakanku, namun mereka nampaknya seboleh-bolehnya cuba menyisihkanku..Ya Allah, sedih juga hati ini, namun aku berpegang pada prinsip," Pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia". Benar, pentingkah kita memikirkan sangat tanggapan buruk orang pada kita biarpun pada hakikatnya kita melakukan sesuatu yang tidak salah? Perlukah kita meratapi nasib buruk kita? Ingatlah bahawa dugaan Allah itu sungguh cantik sekali aturannya, dengan tujuan menggalakkan kita mempelajari hikmah indah yang merupakan tarbiyyah "directly" dari Allah yang diberikan kepada insan yang terpilih...masyaAllah!!!
Alhamdulillah, rakan-rakanku mula dapat menerimaku. Alhamdulillah, aku berjaya mendampingi mereka atas dasar saudara sesama Muslim dan biarpun kadangkala pendapat kami bercanggah, kami tetap bersaudara!!
Ya Allah, moga ukhuwah kami berpanjangan dan jauhkanlah sifat riak dan takabbur dari diriku ini, amin..
Tudung labuh, niqab tidak lagi melambangkan "extremists" dalam diriku lagi, insyaAllah!!!

sabar, tabah, tenang...

Assalamualaikum brothers and sisters!
May SubhanAllah, alhamdulillah, wa Allahuakhbar keep flowing from our lips!

I came across a rather cool article in "Solusi" of May edition. I was mesmerized and moved over this statement,"Bersabar dalam kesabaran, sabar itu INDAH!".

Chatting with staffs in the hospital is my cup of coffee. I was enjoying my brunch in the pantry while chatting with a PPK; a staff who is close to me. Our discussion..naah it was rather like a moment of sharing stories :)

"Dah berisi?" a question which keeps lingering in my ears. "i shaked my head and smile. "Akak menunggu sepuluh tahun baru mengandung, bila dah beranak; anak akak meninggal sebaik dilahirkan.." SubhanAllah, beratnya ujian kakak ni. "Macam -macam mehnah orang bagi, akk bersabar sahaja. Kemudian setelah empat tahun barulah akak dapat mengandung lagi.."

We were moved to tears.She is almost 50 years old.,,and alhamdulillah despite the tests; Allah gifted her with a child. May Allah gives her strength to move on.

Itulah berkat kesabaran. Andai kita menyangka ujian Allah itu berat buat kita; sebenarnya ada ujian yang jauh lebih berat yang sedang dipikul oleh orang lain. SubhanAllah!

Ada hikmah di sebalik setiap ujianNya. Sesungguhnya sabar itu INDAH!!

Ilmu..Dunia atau Akhirat??!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan darinya untuk berkongsi ilmu yang ada..ILMU? Hm..untuk dunia atau akhirat? "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China" Ungkapan yang sering kita dengar dan diperkatakan tetapi sejauh mana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Adakah berapa jauh kita pergi menuntut ilmu? Atau berapa dalam kita mendalami sesuatu ilmu itu. Ilmu ini semua milik ALLAH..definitely bukan milik kita. 

Tetapi kadang-kala kita bputus asa..Mengapa? "Saya sudah berusaha bersungguh2..tapi masih tidak dapat memperoleh markah yang bagus." Adakah anda sudah berdoa?? "Setiap hari saya telah berdoa..mohon dipermudahkan memperoleh kejayaan. Semua telah saya lakukan..tetapi..masih belum berjaya." Hm..anda tertinggal satu perkara. TAWAKKAL..yakni berserah diri kepada ALLAH. Insya-ALLAH jika anda benar2 sudah bertawakal, anda akan redha dengan segala ketentuanNYA. Ujian ALLAH, hanya DIA yang tahu..adakah kita boleh hadapi semua ini. Masakan dia mahu membebankan hambaNYA sedangkan ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Betul tak? Fikirkanlah =)

Di sini ada halangan2 dalam menuntut ilmu..Moga dapat dimanfaatkan bersama. Bersumberkanwww.iluvislam.com, lawatlah jika berkelapangan..HALANGAN2 DALAM MENUNTUT ILMU :

1. Niat yang Rosak 

Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rosak maka rosaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantug niatnya, dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…” 

Imam Malik bin Dinar (wafat th.130 H) rahimahullah mengatakan,”Barangsiapa mencari ilmu bukan kerana Allah Ta’ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya karena Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil

Cuba kita ingat mungkin terkadang saat kita belajar terdetik di hati kita “Supaya jadi rangking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang??" Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang dapat selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. 

Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riya'. Rasulullah sangat mengkhawatirkan adanya penykit ini pada umatnya. Kerana seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sadari, hingga Rasulullah mengibaratkan bahawa penyakit riya' itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan?? So, be careful…Rasulullah bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah kesyirikan dan syahwat tersembunyi.” 

3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu

Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, nescaya kita akan gigit jari dengan penuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahwa orang yang menghadiri majlis ilmu –insyaAllah- mendapatkan dua keberuntungan, yaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat!

4. Beralasan dengan Banyaknya Kesibukan

Alasan ini seringkali dijadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu. Cuba dihitung, Allah memberikan kita 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirihat, masih ada 8 jam lagi… apa yang selama ini telah kita lakukan untuk memanfaatkan sisa waktu itu???

5. Mensia-siakan Kesempatan Belajar di Waktu Lapang. 

Allah Ta’ala berfirman : ”Dan beribadahlah kepada Rabb-mu hingga datangnya kematian.” (QS.Al-Hijr : 99) Kerana itu, mari kita semua para remaja, mahupun orang tua, laki-laki mahupun wanita, kita bertaubat pada Allah Ta’ala atas apa yang telah luput dan berlalu. Sekarang, kita mulai menuntut ilmu, menghadiri majlis ta’lim, belajar dengan benar dan sungguh-sungguh dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya sebelum ajal tiba. Ketika ditanya pada Imam Ahmad, ”Sampai bilakah seseorang harus menuntut ilmu?” Beliau pun menjawab ”sampai meninggal dunia.”

6. Bosan dalam Menuntut Ilmu

7. Merasakan Diri Hebat

Maksudnya adalah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya. Allah Ta’ala berfirman : ”Maka janganlah kamu merasa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm : 32)

8. Tidak Mengamalkan Ilmu

Tidak Mengamalkan Ilmu merupakan salah satu sebab hilangnya kebarakahan ilmu. Allah Ta’ala benar-benar mencela orang yang melakukan ini dalam firmanNya : ”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan (QS.Ash-Shaff : 3)

9. Putus Asa dan Rendah Diri

Allah berfirman : “Dan Allah mengeluarkankamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl : 78) Putus Asa dan Rendah Diri adalah salah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa.Selain itu menjauhi maksiat adalah sebab paling utama dalam menguatkan hafalan dan memperoleh ilmu.

10. Bertangguh

Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan : ”Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut : ” Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam di hatimu kerana ia membuat lesu dan merosak hati. Ia memendekkan umur kita, sedangkan ajal segera tiba… Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu! Ingatlah apa yang telah engkau kerjakan, engkau perlekehkan, engkau sia-siakan, engkau hasilkan dan apa yang telah engkau lakukan. Sungguh semua itu akan dicatat dan dihisab sehingga seolah-olah engkau terkejut dengannya dan engkau sadar dengan apa yang telah engkau lakukan, atau menyesali apa yang telah engkau sia-siakan.”

Waallahu'alam ~~(@)

Tuesday, June 7, 2011

-Kejayaan Milik Allah-

“Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri…”
Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan. Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?
Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.
(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim)
Seharusnya kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu seharusnya di ‘istiqamah’ kan sehinggalah ke saat nyawa di hujung halqum. Namun realitinya sekarang ini berbeza. Ramai insan-insan yang dahulunya merupakan seorang pelajar, pelajar yang bijak dan pintar, apabila melangkah ke alam pekerjaan menjadikan diri mereka ini sebagai manusia yang mempunyai ‘mentaliti mangsa’ – suka menyalahkan sesuatu keadaan/ situasi.

“Alah, aku dah kerja, buat apa belajar lagi! Buang masa ja.”
Maka, sebelum menghadapi peperiksaan, saya ingin mengajak kita sama-sama perbetulkan niat kita menuntut ilmu dan berguru selama ini. Perlu diketahui bahawa peperiksaan itu hanya sebagai wasilah (jalan) untuk menguji, setakat manakah kita menguasai sesuatu bidang tersebut.
Dan yang paling penting, niat menuntut ilmu itu perlulah jelas. Kita meletakkan mencapai redha Allah SWT sebagai yang utama, kemudian barulah mencapai kejayaan itu sendiri. Tanpa redha Allah SWT, segala usaha dan perahan otak kita itu hanya sia-sia.
Dan Allah SWT jugalah yang memberikan kejayaan kepada hamba-hambaNya.
Ingat! Belajar bukan untuk peperiksaan tetapi peperiksaan itu hanya sebagai wasilah kepada kejayaan redha Allah SWT, dunia dan akhirat.

Formula Kejayaan Seorang Muslim
Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

“Yes! Dapat keputusan cemerlang..berbaloi pun usaha aku selama ni.”
Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur…

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu ‘datang dari Allah SWT’. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar ‘berbatu-batu’ jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah
Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8;

” … Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)”
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah
Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu ‘meminta’. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”
Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.
Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?
“La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma’ana”
Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi ‘perangsang’ kepada kebangkitan kita yang seterusnya.
Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur…
Jika berjaya kamu bersyukur…
Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun…
Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita…

Tuhan Tidak Lupakan Kita
Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar…
Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.
Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Kita Harus Belajar Menerimanya....

Saya harus menulis artikel ini untuk insan-insan yang saya sayangi sebab saya tak mahu dan saya tak suka mereka cepat putus asa dan terus jatuh selepas mereka kalah dengan cinta.Meskipun apa yang saya katakan ini,tentang cinta tapi tujuan utamanya hanya satu;JANGAN PUTUS ASA.Ini yang ingin cuba saya bicarakan meskipun saya tak pandai langsung tentang soal ini dan banyak lagi perlu saya belajar dalam hidup ini.Sebab saya akui yang saya tak pandai pun tentang hal-hal cinta.........

Dalam hidup ini,kita sentiasa belajar.Kalau dipandang dari sudut positif,semua yang kita lalui tak kira perkara yang kita suka atau sebaliknya,semua ada hikmah dan ilmu baru untuk kita pelajari.Sebab itu orang yang menghargai pengalaman akan cepat matang dalam hidup mereka.

Orang yang jatuh cinta harus berani menghadapi dua kemungkinan;sama ada diterima cintanya atau ditolak.Kedua-duanya ada pelajaran untuk dihadapi;

-Jika cinta mereka diterima,mereka harus belajar apa itu cinta.Mereka harus belajar semua berkait dengan cinta seperti cara menghargai orang yang mereka cintai,kejujuran,kesetiaan dan lain-lain.Yang paling utama,mereka harus belajar mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.

-Jika cinta mereka ditolak,memang mereka akan kecewa tetapi di situ ada hikmah untuk dipelajari.Mereka harus bersangka baik dengan insan yang menolak cinta mereka.Mereka akan belajar bagaimana cara mengawal perasaan apabila cinta ditolak.Mungkin ada yang lebih baik akan datang pada mereka suatu hari nanti.Di sini,mereka akan mula merasai apa itu kecewa,kehancuran hati,kesedihan seterusnya jika dipandang dengan positif,insan ini akan lebih kuat hatinya pada masa akan datang & lebih matang dalam hidup.

Yang penting,teruskanlah membahagiakan insan-insan di sekeliling anda,kerana jika anda mampu & tulus membahagiakan orang lain,bererti anda patut & sanggup untuk memperoleh kebahagiaan.Percayalah!Mungkin kita tidak tahu ada orang sayang kita.Mungkin kita tidak tahu bahawa ada orang sangat ingat pada silap kita. Mungkin kita juga tidak tahu bahawa cinta kita hanya hadir ketika kita leka.

'Being deeply loved by someone gives you strength,while loving someone deeply gives you courage.'

Apabila kita mencintai seseorang,kita mesti ingat pada takdir.

'Tundukkan segala cita-cita dan harapan di bawah benteng takdir.'

Setinggi manapun harapan kita terhadap orang yang kita sayang,orang yang kita cinta,kita harus ingat jodoh & pertemuan semua DIA yang tentukan.Setinggi manapun cinta kita,ada takdir yang membatasinya kerana seperti yang selalu disebutkan sebelum ini,kita hidup dalam kotak takdir.Kita tak dapat lari daripada takdir.

Meskipun kita menangis sebab apa yang kita inginkan tak tercapai,kita takkan dapat lari daripada takdir.Sebab itu dikatakan,

'Jika anda sukakan sesuatu,jangan berlebih-lebihan nanti anda akan membencinya & anda akan kecewa......'

Kita harus belajar mengalami putus cinta/cinta ditolak.Kita harus belajar menghadapi semua itu.Kita tak perlu mengambil tindakan yang tak bermoral seperti bunuh diri,putus asa,berhenti daripada menyambung pelajaran dan lain-lain semata-mata kerana putus cinta atau cinta tertolak.Kita harus menghadapi semua itu.

Tak ada siapa yang dapat lari daripada masalah.Semakin kita lari daripada masalah,semakin banyak masalah menghampiri kita.Oleh itu,positifkan hidup anda.Walaupun andai ditakdirkan cinta kita ditolak,jangan putus asa daripada cinta.Sebab cinta itu fitrah,tak ada sesiapapun mampu lari daripada fitrah,tetapi harus ada rasa bersangka baik dalam jiwa.kena selalu ada....hukama' berkata:

'Jika kita memandang bahawa segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini dari yang paling besar sampai yang paling kecil adalah dari Allah,maka ia akan melihat bahawa semuanya adalah kurnia dan yang terbaik,sebab semua yang datang dari Allah adalah yang terbaik,baik manfaat dan hikmahnya.'

Kesimpulannya,hanya satu ubat yang mampu menjadi penawar kepada setiap insan yang putus cinta atau cintanya ditolak iaitu redha dengan takdir.Belajar untuk menerima takdir.Saya tak tahu bagaimana ingin ungkapkannya,cuma saya mampu berikan satu ucapan yang bagi saya amat berharga,walaupun pendek namun cukup untuk menjadi penawar hati untuk kita kembali bergerak,berjalan & bernafas sebagai seorang hambaNya bukan selamanya hamba kepada cinta....

'Setinggi manapun keinginanmu,tak akan dapat menerobos sempadan pagar-pagar takdir.'

Jangan salahkan takdir.Menyesali dan menyalahkan takdir sama dengan berburuk sangka kepada Yang Maha Pencipta sesuatu tersebut.Jadilah sebab kebaikan,walaupun setelah menerima keburukan dari orang lain.Segala yg terjadi itulah yang terbaik,kerana hal itu takdir.Semua yang datang dari Allah adalah yang terbaik.Allah lebih mengetahui tentang diri kita dari kita sendiri.

Semua orang memiliki kekasih, siapakah kekasihmu ????Utamakanlah & cintailah yang tak pernah meninggalkanmu...

'Kebahagiaan,cinta & kasih sayang hanya terdapat pada hati rohani yang bersih & murni daripada pelbagai tujuan selain Allah sebab ia hanyalah sebuah identifikasi daripada cinta & kasih sayang Allah kepada hambaNya.'

Belajar Kerana Allah

Jangan bimbang andai kita terlambat daripada orang lain tak kira dalam apa jua keadaan.Apa yang paling penting ialah kita selalu berfikiran positif dan sentiasa bersemangat ingin berjaya dalam hidup.Tak dinafikan,tak semua yang kita impikan kita akan dapat tapi apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita kerana setiap apa yang Dia kurniakan kepada kita,semuanya ada hikmah untuk kita pelajari.Selagi kita tak membuat keputusan untuk menyerah kalah dalam hidup,selagi itulah terbuka luas peluang kita untuk berjaya.Jangan cepat putus asa kalau kita terlambat daripada orang lain sebab walau apa pun yang berlaku,mesti ada hikmah untuk kita.Apa yang Allah tentukan untuk kita ini sudah yang terbaik untuk kita cuma kita yang tak mengetahuinya.

Berpegang dengan hadith:

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat.Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan.Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya,maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya.Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
[H.R:Bukhari dan Muslim]

Peranan niat amat penting dalam melakukan sesuatu perkara.Jika sesuatu perbuatan(yang tidak bercanggah dengan syari'at)diniatkan kerana Allah,maka semua aktiviti tersebut menjadi ibadah dan terkandung kebaikan di dalamnya.Rasulullah juga bersabda bahawa setiap pekerjaan mahupun perbuatan(yang tidak bercanggah dengan syari'at)yang dimulakan dengan Bismillah akan menjadi berkat.Sebagai seorang pelajar,niatkan setiap usaha kita di dalam kelas mahupun di luar kelas,secara formal mahupun tidak formal ketika menuntut ilmu semata-mata kerana Allah dan ingin menegakkan agamaNya.Maka aktiviti kita sebagai seorang pelajar menjadi ibadah.

Orang yang menuntut ilmu kerana Allah juga tidak mudah 'stress'.Orang yang belajar kerana selain Allah[umpamanya seperti belajar kerana ingin mengalahkan kawan,belajar sebab inginkan pujian dan nak belajar sebab inginkan sanjungan & nama] memang selalu stress sebab mereka belajar kerana selain Allah.Apabila belajar bukan kerana Allah akan cepat stress sebab ada perasaan takut gagal,takut dipintas oleh orang lain dan takut dihina apabila mendapat keputusan yang rendah.

Dikisahkan suatu ketika,seorang pelajar universiti bertanya kepada seorang pakar motivasi sebab apa dia selalu stress dan takut gagal.Kemudian,pakar motivasi tersebut pun bertanya balik pada pelajar itu,

'Awak belajar di universiti kerana apa?'

Pelajar universiti itu pun menjawab,

'Saya belajar ni sebab saya nak bersaing dengan kawan-kawan,jadi saya takut gagal nanti.'

Pakar motivasi tersebut kembali menjawab,

'Itu sebab awak selalu stress.Sebab..awak belajar bukan kerana Allah tapi sebab nak bersaing dengan orang.Kalau awak belajar kerana Allah,takkan ada rasa stress sebab awak belajar bukan mengharapkan sanjungan manusia tapi awak mengharapkan pahala daripada Allah.'

'Andai ditakdirkan awak tak cemerlang,awak tetap dapat satu pahala iaitu menuntut ilmu kerana Allah.Jadi,tak rugi kalau kita belajar kerana Allah.'

Tapi orang yang belajar kerana Allah akan selalu berjaya sebab orang yang belajar kerana Allah akan selalu dipermudahkan oleh Allah dalam menuntut ilmu..(^^)

Tidak rugi jika kita melakukan sesuatu amalan kebaikan kerana Allah kerana setiap kebaikan yang dilakukan keranaNya pasti dibalas dengan ganjaran kebaikan juga.Islam ialah agama yang hebat dan penuh dengan kasih sayang.Contohnya,apabila seorang insan beribadah dalam masjid dan membaca Al-Qur'an,para kontraktor,para arkitek,para pekerja yang membina masjid tersebut dan orang yang menguruskannya, semuanya mendapat pahala di atas peranan mereka itu.Begitulah seterusnya,orang yang belajar kerana Allah,ilmunya berkat dan apabila disampaikan kepada orang yang berada di bawahnya akan bermanfaat nanti.InnaLlahama'ana..=)

'Jika hati tidak memiliki jiwa yang mulia,walaupun ilmunya setinggi langitnamun akhlaknya adalah serendah-rendah di bawah bumi.'
[Mutiara Kata Ulama']