Tuesday, June 7, 2011

i realised it today

lagi, saya selak2 buku kecik warna biru pekat tu. page by page. terpaksa baca yang tulisan rumi lepas dah baca yang arab sebab kalau tak, memang saya tak paham apa yang saya baca. huhu..


sebelum ni pernah ja saya baca yang part-part ni.. rasanya macam dah pernah go through page 350, 351 & 352 ni sebab dah ada highlight & pelekat2 tapi.. tak pernah pun saya terperasan dulu. hari ni, Allah bagi saya terperasan & nampak something.. alhamdulillah. meh saya preview & extract kan untuk kamu :)




An-Nur, surah 24 :




" kalau bukan kerana  k a r u n i a  Allah dan  r a h m a t  nya-Nya kepadamu.....




.......(nescaya kamu akan menemui kesulitan). Dan sesunggunya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Bijaksana. [ayat 10]


.......di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan oleh pembicaraan kamu tentang hal itu (berita bohong itu). [ayat 14]


.......(nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar). Sungguh, Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang. [ayat 20]


........nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkaritu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. [ayat 21]




Allah ulang kata-kata yang sama. ulang, ulang dan ulang lagi. buat kamu. sebagai penawar dan ubat. agar kamu...


tak sulit dan susah
tak kena azab yang besar
bersih dari perbuatan keji dan mungkar


hanya kerana adanya limpahan


.......karunia


&


.......rahmat


-Nya yang melimpah-limpah ruah & tak berbelah bagi buat kamu. 


tak rasa lagi ke? 


Allah sayang kamu tahu.


sayang sangat.


....ke.. tak pernah pun sedar? yang Allah jaga kamu sangat-sangat.




kamu buat la macam mana pun... 


Allah, t e t a p sayang kamu. 


even without you ever realise it. 










tanpa rahmat Allah, macam mana la hidup ni.. takut nak bayang.




"Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata."


[HR Al-Hakim: sahih]






ps-owh ya, saya hanya sekadar mentadabbur, boleh rujuk tafsir untuk lebih pencerahan ya :) 
pss-saya suka guna perkataan kamu sebab rasa macam... tengah letak cermin kat depan muka. hehe. instrospeksi jom! biar kita hiasi lembaran 1432H dengan warna-warna ceria dari celupanNya! ^^

No comments:

Post a Comment