Tuesday, June 7, 2011

cerminan iman



pandang cermin.




hey, sila jangan buang buang iman kamu sesuka sesuki hati ok.


bukan suma orang dapat mudah mudah macam kamu. nyawa mereka pertaruhkan tahu. 


tapi kamu, yang memang Allah dah bagi sejak lahir, sesedap rasa kamu bazir bazirkan, campak campakkan sana sini, baling baling buat endah tak endah. just take for granted. eh tak takut ke? Allah boleh tarik bila bila masa saja apa yang kamu ada. jiwa kamu, iman kamu. anytime. anywhere.


takkan la kat akhirat nanti baru kamu nak sedih sedih, nangis air mata darah, rayu rayu minta belas kasihan, nyesal nyesal tak sudah,  kecewa abes abesan, frust gila nak balik dunia balik sebab nak sangat sangat buat amal sungguh sungguh. nak tunggu jadi macam tu ke? tak berguna dah ok time tu. USELESS.


jadi time sekarang, sila sayangi iman kamu ok. peluk dia kuat kuat, jaga dia baik baik, didik dia molek molek, rawat dia pelan pelan. better late than never. better tampal tampal apa yang koyak, jahit jahit balik apa yang robek, berus sental abes apa yang kotor, letak softlan apa yang keras-sangat-susah-nak-lembut tu, jangan lupa clorox sekali pun takpe bagi clean and clear sket. nak tempek tempek garnier (ops, takleh. boikot2. guna produk pemutih lain) bagi fair and lovely sket pun boleh, ingat juga untuk tutup ngan plaster plaster bagi luka luka kecik tu sembuh cepat plus bubuh antiseptic cream dulu ok, then nak sapu bio-oil pun ok gak bagi hilang kesan kesan parut lama and nak tenyeh tenyeh lotion pelembap bagi tak dry sangat ke. ok je suma. go on saja dengan segala usaha yang boleh kamu usahakan sehabis boleh, semampu kamu. 


tak kisah la macam mana cara pun kamu nak upgrade and renovate, but make sure..do itpersistently, even sekecil mana pun usaha kamu tu.


and one more thing, bear in mind, Allah is always watching you! [34:11]
if Dia boleh nampak sekecik kecik usaha kamu yang bertaktih taktih terkemut kemut sambil kadang kadang tergolek tersungkur tengah jalan dalam on the way menuju Dia step by step tu, sila jangan buat buat lupa yang Dia juga nampak semua, ya semua everything and every single thing dosa yang kamu buat even seciput, sekecik, secenonet mana pun. jadi, jangan pandang sebelah mata setiap satu dosa dosa kamu tu. 


ya, memang Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dia Maha Pengasih di kalangan suma yang pengasih. tapi, itu bukan alasan untuk kamu buat-taubat-buat lagi-taubat lagi-buat balik-taubat balik-buat yang ntah ke round yang berapa-taubat untuk round yang ke berapa pun tak ingat dah.. and the cycle goes on. sila serius dengan taubat kamu. ya, memang kamu lemah and susah gila nak ubah diri kamu yang degil tu tapi kasih Dia, sayang Dia, pertolongan Dia, jalan keluar yang Dia bagi..terlalu  L U A S. so guna betul betul, serius serius, sungguh sungguh, disiplin iman bagi tinggi lagi.




ok, sekarang dah boleh paling dari cermin.








p/s-emo emo pulak.huu~....hold & grip. please. no matter what, ihdina s-sirata l-mustaqim!


p/ss-owh ya, saja nak ingatkan. sila sentiasa abaikan segala kerosakan bahasa yang semakin mengganas teruknya ni dalam semua post yang terpublish di blog ini. terima kasih. kerjasama amat dihargai dan segala kesulitan amat dikesali. gomen neh.. -_-"

No comments:

Post a Comment