Tuesday, June 7, 2011

Kita Harus Belajar Menerimanya....

Saya harus menulis artikel ini untuk insan-insan yang saya sayangi sebab saya tak mahu dan saya tak suka mereka cepat putus asa dan terus jatuh selepas mereka kalah dengan cinta.Meskipun apa yang saya katakan ini,tentang cinta tapi tujuan utamanya hanya satu;JANGAN PUTUS ASA.Ini yang ingin cuba saya bicarakan meskipun saya tak pandai langsung tentang soal ini dan banyak lagi perlu saya belajar dalam hidup ini.Sebab saya akui yang saya tak pandai pun tentang hal-hal cinta.........

Dalam hidup ini,kita sentiasa belajar.Kalau dipandang dari sudut positif,semua yang kita lalui tak kira perkara yang kita suka atau sebaliknya,semua ada hikmah dan ilmu baru untuk kita pelajari.Sebab itu orang yang menghargai pengalaman akan cepat matang dalam hidup mereka.

Orang yang jatuh cinta harus berani menghadapi dua kemungkinan;sama ada diterima cintanya atau ditolak.Kedua-duanya ada pelajaran untuk dihadapi;

-Jika cinta mereka diterima,mereka harus belajar apa itu cinta.Mereka harus belajar semua berkait dengan cinta seperti cara menghargai orang yang mereka cintai,kejujuran,kesetiaan dan lain-lain.Yang paling utama,mereka harus belajar mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.

-Jika cinta mereka ditolak,memang mereka akan kecewa tetapi di situ ada hikmah untuk dipelajari.Mereka harus bersangka baik dengan insan yang menolak cinta mereka.Mereka akan belajar bagaimana cara mengawal perasaan apabila cinta ditolak.Mungkin ada yang lebih baik akan datang pada mereka suatu hari nanti.Di sini,mereka akan mula merasai apa itu kecewa,kehancuran hati,kesedihan seterusnya jika dipandang dengan positif,insan ini akan lebih kuat hatinya pada masa akan datang & lebih matang dalam hidup.

Yang penting,teruskanlah membahagiakan insan-insan di sekeliling anda,kerana jika anda mampu & tulus membahagiakan orang lain,bererti anda patut & sanggup untuk memperoleh kebahagiaan.Percayalah!Mungkin kita tidak tahu ada orang sayang kita.Mungkin kita tidak tahu bahawa ada orang sangat ingat pada silap kita. Mungkin kita juga tidak tahu bahawa cinta kita hanya hadir ketika kita leka.

'Being deeply loved by someone gives you strength,while loving someone deeply gives you courage.'

Apabila kita mencintai seseorang,kita mesti ingat pada takdir.

'Tundukkan segala cita-cita dan harapan di bawah benteng takdir.'

Setinggi manapun harapan kita terhadap orang yang kita sayang,orang yang kita cinta,kita harus ingat jodoh & pertemuan semua DIA yang tentukan.Setinggi manapun cinta kita,ada takdir yang membatasinya kerana seperti yang selalu disebutkan sebelum ini,kita hidup dalam kotak takdir.Kita tak dapat lari daripada takdir.

Meskipun kita menangis sebab apa yang kita inginkan tak tercapai,kita takkan dapat lari daripada takdir.Sebab itu dikatakan,

'Jika anda sukakan sesuatu,jangan berlebih-lebihan nanti anda akan membencinya & anda akan kecewa......'

Kita harus belajar mengalami putus cinta/cinta ditolak.Kita harus belajar menghadapi semua itu.Kita tak perlu mengambil tindakan yang tak bermoral seperti bunuh diri,putus asa,berhenti daripada menyambung pelajaran dan lain-lain semata-mata kerana putus cinta atau cinta tertolak.Kita harus menghadapi semua itu.

Tak ada siapa yang dapat lari daripada masalah.Semakin kita lari daripada masalah,semakin banyak masalah menghampiri kita.Oleh itu,positifkan hidup anda.Walaupun andai ditakdirkan cinta kita ditolak,jangan putus asa daripada cinta.Sebab cinta itu fitrah,tak ada sesiapapun mampu lari daripada fitrah,tetapi harus ada rasa bersangka baik dalam jiwa.kena selalu ada....hukama' berkata:

'Jika kita memandang bahawa segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini dari yang paling besar sampai yang paling kecil adalah dari Allah,maka ia akan melihat bahawa semuanya adalah kurnia dan yang terbaik,sebab semua yang datang dari Allah adalah yang terbaik,baik manfaat dan hikmahnya.'

Kesimpulannya,hanya satu ubat yang mampu menjadi penawar kepada setiap insan yang putus cinta atau cintanya ditolak iaitu redha dengan takdir.Belajar untuk menerima takdir.Saya tak tahu bagaimana ingin ungkapkannya,cuma saya mampu berikan satu ucapan yang bagi saya amat berharga,walaupun pendek namun cukup untuk menjadi penawar hati untuk kita kembali bergerak,berjalan & bernafas sebagai seorang hambaNya bukan selamanya hamba kepada cinta....

'Setinggi manapun keinginanmu,tak akan dapat menerobos sempadan pagar-pagar takdir.'

Jangan salahkan takdir.Menyesali dan menyalahkan takdir sama dengan berburuk sangka kepada Yang Maha Pencipta sesuatu tersebut.Jadilah sebab kebaikan,walaupun setelah menerima keburukan dari orang lain.Segala yg terjadi itulah yang terbaik,kerana hal itu takdir.Semua yang datang dari Allah adalah yang terbaik.Allah lebih mengetahui tentang diri kita dari kita sendiri.

Semua orang memiliki kekasih, siapakah kekasihmu ????Utamakanlah & cintailah yang tak pernah meninggalkanmu...

'Kebahagiaan,cinta & kasih sayang hanya terdapat pada hati rohani yang bersih & murni daripada pelbagai tujuan selain Allah sebab ia hanyalah sebuah identifikasi daripada cinta & kasih sayang Allah kepada hambaNya.'

Belajar Kerana Allah

Jangan bimbang andai kita terlambat daripada orang lain tak kira dalam apa jua keadaan.Apa yang paling penting ialah kita selalu berfikiran positif dan sentiasa bersemangat ingin berjaya dalam hidup.Tak dinafikan,tak semua yang kita impikan kita akan dapat tapi apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita kerana setiap apa yang Dia kurniakan kepada kita,semuanya ada hikmah untuk kita pelajari.Selagi kita tak membuat keputusan untuk menyerah kalah dalam hidup,selagi itulah terbuka luas peluang kita untuk berjaya.Jangan cepat putus asa kalau kita terlambat daripada orang lain sebab walau apa pun yang berlaku,mesti ada hikmah untuk kita.Apa yang Allah tentukan untuk kita ini sudah yang terbaik untuk kita cuma kita yang tak mengetahuinya.

Berpegang dengan hadith:

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat.Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan.Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya,maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya.Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
[H.R:Bukhari dan Muslim]

Peranan niat amat penting dalam melakukan sesuatu perkara.Jika sesuatu perbuatan(yang tidak bercanggah dengan syari'at)diniatkan kerana Allah,maka semua aktiviti tersebut menjadi ibadah dan terkandung kebaikan di dalamnya.Rasulullah juga bersabda bahawa setiap pekerjaan mahupun perbuatan(yang tidak bercanggah dengan syari'at)yang dimulakan dengan Bismillah akan menjadi berkat.Sebagai seorang pelajar,niatkan setiap usaha kita di dalam kelas mahupun di luar kelas,secara formal mahupun tidak formal ketika menuntut ilmu semata-mata kerana Allah dan ingin menegakkan agamaNya.Maka aktiviti kita sebagai seorang pelajar menjadi ibadah.

Orang yang menuntut ilmu kerana Allah juga tidak mudah 'stress'.Orang yang belajar kerana selain Allah[umpamanya seperti belajar kerana ingin mengalahkan kawan,belajar sebab inginkan pujian dan nak belajar sebab inginkan sanjungan & nama] memang selalu stress sebab mereka belajar kerana selain Allah.Apabila belajar bukan kerana Allah akan cepat stress sebab ada perasaan takut gagal,takut dipintas oleh orang lain dan takut dihina apabila mendapat keputusan yang rendah.

Dikisahkan suatu ketika,seorang pelajar universiti bertanya kepada seorang pakar motivasi sebab apa dia selalu stress dan takut gagal.Kemudian,pakar motivasi tersebut pun bertanya balik pada pelajar itu,

'Awak belajar di universiti kerana apa?'

Pelajar universiti itu pun menjawab,

'Saya belajar ni sebab saya nak bersaing dengan kawan-kawan,jadi saya takut gagal nanti.'

Pakar motivasi tersebut kembali menjawab,

'Itu sebab awak selalu stress.Sebab..awak belajar bukan kerana Allah tapi sebab nak bersaing dengan orang.Kalau awak belajar kerana Allah,takkan ada rasa stress sebab awak belajar bukan mengharapkan sanjungan manusia tapi awak mengharapkan pahala daripada Allah.'

'Andai ditakdirkan awak tak cemerlang,awak tetap dapat satu pahala iaitu menuntut ilmu kerana Allah.Jadi,tak rugi kalau kita belajar kerana Allah.'

Tapi orang yang belajar kerana Allah akan selalu berjaya sebab orang yang belajar kerana Allah akan selalu dipermudahkan oleh Allah dalam menuntut ilmu..(^^)

Tidak rugi jika kita melakukan sesuatu amalan kebaikan kerana Allah kerana setiap kebaikan yang dilakukan keranaNya pasti dibalas dengan ganjaran kebaikan juga.Islam ialah agama yang hebat dan penuh dengan kasih sayang.Contohnya,apabila seorang insan beribadah dalam masjid dan membaca Al-Qur'an,para kontraktor,para arkitek,para pekerja yang membina masjid tersebut dan orang yang menguruskannya, semuanya mendapat pahala di atas peranan mereka itu.Begitulah seterusnya,orang yang belajar kerana Allah,ilmunya berkat dan apabila disampaikan kepada orang yang berada di bawahnya akan bermanfaat nanti.InnaLlahama'ana..=)

'Jika hati tidak memiliki jiwa yang mulia,walaupun ilmunya setinggi langitnamun akhlaknya adalah serendah-rendah di bawah bumi.'
[Mutiara Kata Ulama']

'Tundukkan segala cita-cita dan harapan di bawah benteng takdir.'

Setinggi manapun harapan kita terhadap orang yang kita sayang,orang yang kita cinta,kita harus ingat jodoh & pertemuan semua DIA yang tentukan.Setinggi manapun cinta kita,ada takdir yang membatasinya kerana seperti yang selalu disebutkan sebelum ini,kita hidup dalam kotak takdir.Kita tak dapat lari daripada takdir.

Meskipun kita menangis sebab apa yang kita inginkan tak tercapai,kita takkan dapat lari daripada takdir.Sebab itu dikatakan,
'Jika anda sukakan sesuatu,jangan berlebih-lebihan nanti anda akan membencinya & anda akan kecewa......'

Kita harus belajar mengalami putus cinta/cinta ditolak.Kita harus belajar menghadapi semua itu.Kita tak perlu mengambil tindakan yang tak bermoral seperti bunuh diri,putus asa,berhenti daripada menyambung pelajaran dan lain-lain semata-mata kerana putus cinta atau cinta tertolak.Kita harus menghadapi semua itu.

Tak ada siapa yang dapat lari daripada masalah.Semakin kita lari daripada masalah,semakin banyak masalah menghampiri kita.Oleh itu,positifkan hidup anda.Walaupun andai ditakdirkan cinta kita ditolak,jangan putus asa daripada cinta.Sebab cinta itu fitrah,tak ada sesiapapun mampu lari daripada fitrah,tetapi harus ada rasa bersangka baik dalam jiwa.kena selalu ada....hukama' berkata:
'Jika kita memandang bahawa segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini dari yang paling besar sampai yang paling kecil adalah dari Allah,maka ia akan melihat bahawa semuanya adalah kurnia dan yang terbaik,sebab semua yang datang dari Allah adalah yang terbaik,baik manfaat dan hikmahnya.'

Kesimpulannya,hanya satu ubat yang mampu menjadi penawar kepada setiap insan yang putus cinta atau cintanya ditolak iaitu redha dengan takdir.Belajar untuk menerima takdir.Saya tak tahu bagaimana ingin ungkapkannya,cuma saya mampu berikan satu ucapan yang bagi saya amat berharga,walaupun pendek namun cukup untuk menjadi penawar hati untuk kita kembali bergerak,berjalan & bernafas sebagai seorang hambaNya bukan selamanya hamba kepada cinta....

'Setinggi manapun keinginanmu,tak akan dapat menerobos sempadan pagar-pagar takdir.'

Jangan salahkan takdir.Menyesali dan menyalahkan takdir sama dengan berburuk sangka kepada Yang Maha Pencipta sesuatu tersebut.Jadilah sebab kebaikan,walaupun setelah menerima keburukan dari orang lain.Segala yg terjadi itulah yang terbaik,kerana hal itu takdir.Semua yang datang dari Allah adalah yang terbaik.Allah lebih mengetahui tentang diri kita dari kita sendiri.

Semua orang memiliki kekasih, siapakah kekasihmu ????Utamakanlah & cintailah yang tak pernah meninggalkanmu...

'Kebahagiaan,cinta & kasih sayang hanya terdapat pada hati rohani yang bersih & murni daripada pelbagai tujuan selain Allah sebab ia hanyalah sebuah identifikasi daripada cinta & kasih sayang Allah kepada hambaNya.'

No comments:

Post a Comment