Sunday, May 13, 2012

Apabila Ia Bermula Semula…


Benar-benarkah berkawan itu apabila ia bermula, ia tidak akan terputus?Dan apabila ia terputus, adakah ia perlu bermula semula ataupun sambung sahaja yang telah terputus?
KOMA
Semakin dewasa, semakin dibanjiri dengan konsep berkawan-kawan nan seribu.Ah, betapa semasa kecil, kita hanya fikir perlu kawan untuk hidup. Bagaimana adik-adik saya, tidak mahu meneruskan pelajaran di sesebuah institusi hanya kerana' tidak punya kawan' yang boleh sama-sama belajar di sana.
Saya katakan sahaja, 'jangan terlalu setia kepada kawan. Ia datang dan pergi. Ia mengajar kita erti berperi."
Pernah juga, adik berkata, "dia sudah berubah. Dahulu, semasa sekolah, dia tidak begini."
"Sudah berapa lama kamu terpisah?" tanya saya.
"Lebih kurang 10 tahun,"
Saya diam.
"Kamu harus bermula semula. Dengan umur yang semakin meningkat dan dengan kematangan yang semakin menebal," jelas saya kemudiannya.
Ya, ia bukan menyambung apa yang pernah dikecapi dahulu, tetapi bermula semula.
Betapa, kawan-perkawanan itu bukan mengira tempoh masa kamu berkawan. Kerana ia perlu dikemaskini setiap ketika.
"Seperti kemaskini status Facebook, supaya semua kawan tahu bagaimana kita setiap hari?" tanya adik lagi.
Saya angguk. Mungkin juga begitu.
Semasa kecil dan setelah dewasa, ia berbeza.
Jadi, jangan berharap kawan kamu yang pernah mengelap ais krim yang mencomoti bibir kamu ketika kamu kecil dahulu, akan mengelap comot itu ketika kamu telah dewasa.. Mungkin juga, orang yang sama yang pernah mengelap comot itu juga, bisa sahaja mentertawakan kecomotan kamu.


KOMA
Kawan, kita pernah berkawan semasa kecil.
Ia tidak bermakna kamu faham saya apabila saya dewasa.
Kita sentiasa berubah.

No comments:

Post a Comment