Sunday, May 13, 2012

Sang Zuhud

Mengapa perlu mengalah bila boleh menang?
Aku merupakan sang pemalu yang tiada batas, ya tiada batas. 
Malu aku umpama kesan akhir eksperimen terhadap kain putih. Dia mencalit biru, maka birulah. Dia mencalit kuning, maka kuninglah. Aku sang pemalu di mana aku perlukan teman, sampai bila? Mungkin sehingga akhir nafas sang pemalu ini.
Jemari yang menari-nari di atas papan kekunci ini tidak semegah jemari bersama pena yang berlari di atas warkah. Alam maya  menjadi pilihan untuk menterjemah ceritera, tidak pada mata bertentang mata dalam marcapada. Bagaimana sunatnya benda itu, begitu juga aku memilih. Bukan kerana wajibnya mentilawah Fatihah di dalam solat, maka pilihan aku kosong. Ke kiri bukan, ke kanan jua bukan. Satu-satunya ; Lurus.Zuhud aku bukan kerana mengalah. Zuhud aku kerana rendahnya hati kepada angkuh yang dambakan kemenangan. Kepada hasad dengki yang cintakan tentangan keadilan. Kepada cemburu yang inginkan perhatian.
Pengalah bukan perkara jijik bagaimana Iblis mengendahkan Adam, nyata Iblis enggan mengalah .Usangnya teratak bukan bermakna roboh, beranainya kitab bukan bermakna lempar dan sujudnya manusia bukan kerana mengalah. Dia senyum aku senyum. Dia ketawa aku ketawa. Dia ketawa aku senyum. Dia menumbuk aku menumbuk. Dia menumbuk aku diam. Dia ketawa aku jatuh. Dia ketawa aku bangkit. Dia ketawa aku berlalu pergi.Aku marah, aku diam. Aku marah, aku menumbuk maka Syaitan menguasai aku.
Aku diam, Aku sang pemalu.Aku diam, Aku sang zuhud.

No comments:

Post a Comment